Bila dah join suksis, automatic kau ada tanggungjawab lain selain sebagai seorang pelajar. Kau dah jadi a part of PDRM. Suksis ni bukan aktivitinya kawad je memanjang k. Kebanyakan orang semua duk mikir gitu. Join Suksis, kawad 24 jam. Nope. Salah sama sekali. Suksis ni ada macam-macam aktiviti selain kawad such as ada kursus-kursus yang wajib pergi, khidmat masyarakat, ujian larian 2.4km, ujian kawad dan lain-lain. Kursus-kursus yang wajib hadir macam kursus etika/BTN, kursus PGA dan kursus asas menyelamat.
Masa semester 1, kitorang pergi kursus etika dekat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. And to be honest, masa kursus ni aku dapat kenal each of the members. Sebelum-sebelum ni tak kenal sangat pun. Sumpah. Masa kursus ni kita nak bergaul dengan ahli-ahli lain sebab dah dibahagikan ikut kumpulan. Dan time ni lah aku mula berjinak-jinak nak jadi photographer tak bertauliah. Hahahahaha.