­

HIIKMAH

01:36

Assalamualaikum w.b.t. Malam-malam buta ni tetiba datang mood nak update blog setelah melalui hectic months. And yeahhh here I am, writing on my blog. Too many stories nak share. But before that, nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Okay nak share dulu gambaq raya.





Okay/ Jom dengaq story yang pertama..

-------------------------------PART 1-------------------------------

Rasanya bulan Ramadhan tahun ni sangat mencabar fizikal dan mental. Taktau la kenapa minggu kedua puasa tu dah start dah hectic week. Dengan assignment berlambak, test menanti, projek takyah cerita la setia je menunggu untuk disiapkan. Minggu last paling teruk, 3 projek nak hadap. K I admit it. I'm quite slow bab-bab nak siapkan task sebab aku memang pentingkan kekemasan dalam report tu. Aku siapkan report-report ikut dateline lecturer bagi. So, Alhamdulillah. I made it. Yang paling dahsyat, report FYP. Perghhh. Esok dateline, harini baru tergopoh-gapah nak siapkan. Kadang-kadang rasa macam envy la dekat orang yang boleh siapkan report tu dengan tenang. Aku buat kerja dalam masa satu hari, hancur wehh report. Hahahahaha. Tapi rasa hebat tetiba satu hari tak tidur buat report dan boleh siapkan in a day. Orang ambil masa 1 minggu nak siapkan report tu. Hahahahaha.


----------------------------PART 2-----------------------------

Dateline untuk report FYP tu jugak lah tarikh balik Seremban. Pukul 4 hantar report, pukul 6 nak gerak pergi prepare buka puasa katanya. Punyalah semangat dalam kepala otak dah terbayang Ayam Penyet. TUP TUP, sebelum sampai orang Ayam Penyet call kata diorang lupa pasal booking kitorang tu. Rasa sakit hati nak bakar kedai dia tu tak payah cerita la. Huishh sabar je la. Terpecah dua group; 1 makan dekat Sushi King, 1 lagi makan dekat Secret Recipe. Terima kasih la Ayam Penyet. Selesai berbuka semua, pi solat Maghrib & Isyak dekat masjid, then terus gerak stesen bas. Tunggu bas macam biasa, salam-menyalam macam biasa tapi awat bas tak sampai macam biasa? Hati dah rasa lain macam dah ni. Tunggu punya tunggu. Tak sabar tunggu pi kaunter tanya bas sampai pukul berapa? Dia kata Ohh bas ni sampai lambat sikit. Aku pun dengan percayanyaa pi duduk tunggu 3 orang. Berjam-jam sampai datangnya pakcik teksi tanya kami nak pi mana. Dia pun pakat pi tanya orang lain kot-kot ada yang tunggu bas yang sama. Ahh sudah. Takde yang sama. Perasaan ni dah lain macam dah ni. Tak guna. Tetiba rasa nak teriak tapi aku tahan cover malu. Masa ni jam pun dah pukul 1 atau 2 macam tu. Aku cakap dalam hati "Ah sudah. Ni kena tinggal bas ke apa ni? Tapi awat aku tak dengar apa-apa announcement pun." Dah rasa macam nak salahkan diri sendiri. Pa dia orang nak balik raya, duk pi pedajal orang buat apa. Datang sorang lagi pakcik, duk potpetpotpet komplen pasal syarikat bas tu. Aku dah tak sanggup nak dengar, badan penat satu hari tak tidur. Last-last kitorang decide nak beli tiket lain esoknya ke KL. Kami pi naik surau dia tumpang tidur. Taknak balik kolej. Perasaan time ni dah bercampur-baur taktau nak kata apa dah. 

Like us on Facebook