­
#gadismalayajejakkorea

Aisyah jalan Korea

13:03

Assalamualaikum readers. Hahahaha. Ada lagi ke readers? Rasa macam syok sendiri pulak bila tulis blog ni. It's okay. I don't mind sharing the experience. Trip to KOREA? Wah. Memang dah lama dalam wishlist. Serious. Bukan sebab aku minat kpop idols. Nayyyy~ Sebab teringin gila nak tengok culture diorang. Selalu duk tengok dalam dokumentari, drama je. Nak juga la rasa sendiri kan. Trip 5D4N ni walaupun singkat but I gained a lot of experiences. Nextime kita duk 2 minggu pula eh geng. Hahahaha. Members untuk trip #GadisMalayaJejakKorea ni terdiri daripada 7 gadis; Me, @shira_ardila@aidaaazmi , @najiharadzi@najahsobri , @heyhxnim@analeeya_n.f.a . Oh. Lupa. Trip ni 1/3/2018 - 5/3/2018. Season: Nak akhir musim Winter. So, masih sejuk. Let's get through for what we've experienced !

Day 1:
-From KLIA 2 Airport to Incheon Airport (7.20 a.m - 3.00 p.m +-)

 MALAYSIA



KOREA



DONGDAEMUN DESIGN PLAZA (DDP)


Kami stay dekat K-Guesthouse Dongdaemun Premium (dekat je dengan DDP). Dongdaemun dengan Dongdaemun Design Plaza (DDP) tempat yang berbeza ya readers. Kami sampai dekat DDP ni around 6 p.m waktu Korea. Cuaca sangat sejuk. Tiba-tiba rasa macam jakun sebab mulut berasap. Hahahaha. Gambar di atas tu sebenarnya tengah duk mencari guesthouse tu. So, tengah si Shira dengan Najah pergi cari guesthouse tu, yang lain sempat la bergambar, update instastory.

Antara manusia yang sempat bergambar !

Bilik yang di'book' ada dua; tingkat 5 dan 6. Yang di tingkat 5, ada 3 orang & yang dekat tingkat 6, 4 orang penghuni. Check-in bilik around 7 p.m macam tu and kumpul balik jam 8.30 p.m rasanya. Dah kumpul tu, terus gerak ke DDP station dan menuju ke Myeongdong. Di Myeongdong, kitorang berpecah 2 group. Aku se'group' dengan Shira & Hanim. Masa untuk food hunting !



Disebabkan cuaca sejuk sangat, makan benda panas pun tak terasa panas. Now I know how K-netizens makan ramen panas dari periuk. Memang tak rasa panas. Hahahahaa. Lepas dah dapat street food, nak makanan berat pulak dah. Haaa. Merata pi cari Busan Jib. K restoran ni tak digalakkan untuk bagpackers yang nak berjimat sebab makanannya boleh tahan mahal la jugak.

Makan kena rushing sebab last train jam 11 p.m. Makan laju-laju, cari Myeongdong station dab balik ke DDP. Tamat la hari pertama kami 💋

Day 2: Nami Island + Namdaemun Market

Di guesthouse tu, breakfast provided. Tapi kitorang bawa makanan sendiri, and breakfast sendiri sebab rushing kena gerak awal.




NAMI ISLAND

Kalau tengok  gambar-gambar kitorang dekat Nami Island ni, macam banyak je tempat kitorang pergi. Padahal, satu tempat mahunya 50++ keping gambar. Geng-geng ni kuat betul bergambor.





NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun Market is a place where you can buy all the souvenirs. Korang pun boleh dapatkan winter coat secara lelong dekat sini (sebab time ni kan dah nak habis musim sejuk). Dekat sini korang boleh dapatkan t-shirt yang murah-murah. And one more, dekat sini korang akan rasa macam dekat Malaysia sebab ahjumma-ahjumma mostly boleh cakap Melayu. Nampak sangat la orang Malaysia dengan Indonesia selalu datang Korea sampai Korean pun boleh berbahasa Melayu. Bukan setakat Ahjumma je, Ahjussi dengan oppa pun. HUAHUAHUA. Dah penat memborong, masing-masing kepenatan. Kaki sakit wehhhh. Tapi gagahkan diri juga la nak berjalan punya pasal. Dah penat-penat ni, pastu masing-masing nak cari susu pisang yang sedap, tapi masing-masing tak jumpa mart yang jual banyak-banyak. Dekat tempat tumpuan pelancong macam ni, akan ada student-student dari universiti yang jadi macam 'kaunter pertanyaan'. Diorang ni fasih berbahasa Inggeris. So, kitorang yang duk kalut cari mart yang jual banana milk ni pun terserempak dengan dua student lelaki ni. Of course la Korean, tinggi mak ai. Tapi yang berinteraksi dengan kitorang ni seorang je. Quite handsome la untuk typical Korean.


So, tamatlah hari kedua kitorang !

Day 3: Namsan Tower + Gyeongbokgung Palace + Bukchon Hanok Village

Sama je macam second day, breakfast sendiri sebab kena gerak awal.

NAMSAN TOWER

Kena tunggu sampai Namsan buka





GYEONGBOKGUNG PALACE





BUKCHON HANOK VILLAGE


Jalan-jalan dekat Korea pakai hanbok memang dalam wishlist. Cantik-cantik hanbok diorang. Of course la lagi cantik, lagi mahal. Bukan nak perasan ke apa, masa aku dengan Aida je kot rasanya jalan sama-sama, pastu rasa macam ada mata-mata yang memandang. Mata-mata ahjumma dekat sana macam tak berkelip tengok kitorang. Sambil pandang tu ahjumma Korean & Japanese ni duk cakap, "Yeppeo (cantik)." "Kawaii (Comel)." Aku dengan Aida pun "Oh kamsahamnida." "Arigato gozaimas" sambal sengih-sengih kegembiraan. Hahahahahaha. Ni fakta okay.



DAY 4: K-STAR ROAD + EWHA UNIVERSITY + MYEONGDONG STREET

Hari ke-4 ni cadangannya nak pergi Han River, tapi hajat tak kesampaian sebab cuaca tak menentukan dan masalah nak cari Han River tu. Last-last guna plan B, pecah dua group. Satu group ke K-STAR ROAD & satu lagi ke Lotte world.

So, ni post untuk group K-star road.

Nak cari K-star road ni pun satu hal jugak. Takde yang updated punya arah. Mencari-cari macam apa ja. Tengah-tengah cari tu terserempak dengan satu group Malay Malaysian. Tanya la diorang pun nak cari K-star road juga ke? Diorang kata nak pergi station ape tah. So, tanya diorang tahu tak jalan nak ke K-star road tu. Diorang kata ada peta penunjuk arah. Jumpa dah peta. Eh dekat pulak tempat peta tu dengan SM Ent. Take some photos dan teruskan perjalanan nak cari JYP Ent.

Sampai juga akhirnyaa 😭

EWHA UNIVERSITY

Syurga shopping untuk Shira dengan CL. Sumpah, manusia dua orang ni hantu shopping betul. Serious !




Malam terakhir, singgah Myeongdong street balik. Tapi sumpah, aku memang tak larat nak berjalan dah masa ni. Hahahahaahahaha. Kalau tepi jalan tu boleh duduk, memang dah duduk dah. Cuaca pun hujan malam tu. So, takde gambar malam tu.

DAY 5: From Incheon Airport to KLIA 2 



BYE KOREA ! Till we meet again 💔

Like us on Facebook